Ptd m41
02/21/2009
aku baru je selesai peperiksaan ptd yg tidak kusukai. dah pernah amek dulu, dan dah lulus serta berjaya masuk ke peringkat ke-2 yg dijalankan di terengganu. tp gagal di peringkat ke-2 itu. tp aku amek gak exam lg skali demi mak ayah aku. pdhal aku dah lama daftar, dan kali pertama dipanggil bg peperiksaan ke-2 ini aku ada convo, jd aku tak gi. so aku ingat aku takkan dipanggil lg, ternyata aku silap kerana telah dipanggil utk exam pd harini. nak tak nak kene gi jugakla sbb mak ayah dah tau.
dgn hati yg berat, aku pun pergi dgn harapan utk gagal. mmg wasted. tp kene buat gak. aku cuba buat yg terbaik meskipun aku tak belajar, tp aku tak nak la jwb mcm org bodoh melainkan aku benar2 tak tahu jwb. alhamdulillah segalanya berjln dgn lancar.
peperiksaan kedua ini dijalankan di sekolah menengah seksyen 7 s.alam. dimana suasananye benar2 membawa aku mengimbau kenangan zaman sekolah dulu. waktu aku sekolah, kelas terasa sgt besar, sekolah terasa sgt luas, kini kelas terasa kecil dan papan hitam pula nampak kecik jugak. dulu masa sekolah kalu duduk blkg, apa pun tak nampak. tp td duk blkg, segalanye nampak. hmm, mungkin aku terlalu besar kini, tak mcm dulu..kekekeeke. sedar tak sedar, hampir 8 thn aku tak kembali ke skolah.
masa ke tandas td, aku ingat nak ke tandas pelajar perempuan, tp apabila mengenangkan baunye..uhuhuhu, aku pun dgn selambanye masuk tandas guru. mmg bersih dan ok la. hati tu rasa gembira dan teruja mcm zaman2 sekolah dulu dimana pelajar dilarang sama sekali masuk tandas guru, tp kini aku bebas utk melakukannye..kekekeke..
hmm, sgt merindui zaman sekolah, baju sekolah, suasana sekolah, takde pressure, hanye study dan study.
kan bagus kalu ada reunion kat sekolah, dan masing2 memakai bj sekolah sendiri, tp nak buat skrg pun susah, sbb dah lost contact, bj sekolah pun ada yg dah kasi org…hmmmmmmmmmmmmmmmm…

